BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 7 November 2009

TUGASAN KELAS: Konsep dan model kajian tindakan

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988)

Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan penyelidikan tindakan dengan menggunakan CRASP
 Critical collaboration enquiry by
 Reflective practitioners who are
 Accountable in making the results of their enquiry public
 Self evaluative in the practice and engaged in
 Participative problem solving and continuing professional development


Model dan konsep kajian tindakan:

1.Model Kurt Lewin(1940-an)
Antara reka bentuk atau model yang perlu dilihat dalam Kajian Tindakan adalah yang reka bentuk kajian oleh pelopor Action Research itu sendiri iaitu Kurt Lewin. (Terma "Action Research" telah dikreditkan kepada Kurt Lewin seorang ahli teori sosial yang mempelopori kajian tindakan). Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji.



Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti;
1). Mengenal pasti idea
2). Pencarian fakta
3). Perancangan pelan tindakan
4). Pelaksanaan tindakan
5). Penilaian tindakan yang diambil
6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
7). Mengambil langkah tindakan seterusnya dan begitu berikutnya melalui beberapa kitar.


2. Model Stephen Kemmis (1983)
Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.

Rajah dibawah: Stephen Kemmis (dalam bentuk rerangka)




3. Model McKernan 1996
McKernan memperkenalkan model proses masa yang menyarankan agar masalah kajian tindakan ini tidak menjadi terlalu terikat dengan masa.

4. Model Elliott 1991
Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

5. Model Ebbutt 1985

David Ebbutt mendakwa bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut iaitu dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama dengan model yang dikemukakan oleh penulis masa kini.

0 comments: