BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 27 October 2009

TUGASAN KELAS:10 sebab mengapa kajian adalah penting bagi guru?




1. Untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang timbul dalam diri pelajar dan guru.
2. Supaya teknik mengajar dapat diperbaiki dan divariasikan.
3. Berkongsi idea dengan para pendidik lain mengenai kaedah yang menarik dan berkesan untuk melaksanakan proses P&P.
4. Menerapkan budaya penyelidikan di kalangan guru supaya profesion perguruan tidak hanya terhad kepada proses mencurah ilmu kepada pelajar semata-mata.
5. Melahirkan guru yang kreatif dan inovatif dalam melaksanakan rancangan pengajaran harian.
6.Memartabatkan profesion perguruan sekaligus meningkatkan kualiti pendidikan negara.
7.Melahirkan guru-guru yang sentiasa peka dengan keperluan dan minat pelajar dalam menitiskan ilmu pengetahuan kepada para pelajar.
8.Mengkaji perubahan tingkahlaku pelajar berdasarkan kajian yang sedang atau telah dijalankan.

9.Supaya guru-guru sentiasa menjana idea dan berasa teruja melakukan P&P dengan efektif walaupun setelah lama berkecimpung dalam profesion perguruan.
10. Melahirkan lebih ramai guru yang holistik dan versatil dalam profesion perguruan sekaligus berdaya saing mengatasi cabaran dalam bidang pendidikan.