BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday 1 November 2009

AKTIVITI 3:Tugasan 3-Laporan kolokium DPLI Ambilan Januari 2009

KAJIAN 1:
Meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah ‘verbal repeatition’ dalam proses pembelajaran dan pengajaran
.

Oleh:
Suzana Binti Mohd Fauzi
Ummi Salmah Binti Adnan
Najwa Hayatee Binti Abdullah


Tarikh : 26 Oktober 2009 (Isnin)
Tempat : Bilik Perdana C, Palm Garden Hotel, Putrajaya
Penyelia: En.Safani Bari


1. Pernyataan Masalah:
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah ’verbal repeatition’ dalam P&P. Ini disebabkan majoriti daripada golongan pelajar ini berhadapan masalah komunikasi secara lisan disebabkan oleh perasaan malu dan rendah diri sekiranya pertuturan mereka tidak difahami orang lain. Sebenarnya pelajar bermasalah pendengaran ini mampu untuk berkomunikasi secara lisan jika kekangan ini dapat diatasi.

2. Metodologi, setting kajian, sampel kajian:
Kajian ini melibatkan 19 orang pelajar bermasalah pendengaran di dalam kelas di SMK Dato’ Ibrahim Yaacob Batu 5 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) digunakan dalam kajian ini. 4 peringkat dalam Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) adalah perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi.

3. Pengumpulan dan penganalisian data:
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk proses mengumpul dan menganalisis data.Pengkaji menggunakan kaedah berikut:
a. Pemerhatian
b. Rakaman video
c. Temubual
d. Diari

4. Implikasi kajian:
Implikasi yang dapat dilihat hasil daripada kajian yang telah dijalankan ialah pelajar semakin yakin berkomunikasi secara lisan dan juga dalam menyebut istilah-istilah perkataan.Selain itu perubahan positif dalam diri pelajar adalah mereka menjadi berani tampil ke hadapan kelas apabila diminta oleh guru. Pelajar berasa seronok semasa proses P&P apatah lagi dengan bantuan guru dan rakan-rakan.


5. Apa yang dapat saya pelajari dari kajian tersebut:
Berdasarkan kajian yang dijalankan, saya dapati kaedah ‘verbal repeatition’ merupakan satu kaedah yang berkesan untuk diaplikasikan kepada pelajar bermasalah pendengaran daalm usaha membantu meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi secara lisan dan menyebut istilah-istilah perkataan yang agak sukar bagi mereka. Berkemugkinan juga kaedah ini boleh digunapakai bagi melatih pelajar bermasalah pembelajaran yang lain meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi secara lisan.


KAJIAN 2:
Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud

Oleh:
Mohd Hafiz bin Hassan
Mohd Hairol Hafifi bin Hussin


Tarikh : 27 Oktober 2009 (Selasa)
Tempat : Bilik Perdana C, Palm Garden Hotel, Putrajaya
Penyelia: Dr. Tajul Arifin Muhammad

1. Pernyataan Masalah:
Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan bahan maujud serta kepentingan penggunaannya dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan maujud dalam pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam.

2. Metodologi, setting kajian, sampel kajian:
Kajian ini dijalankan berdasarkan aplikasi penggunaan bahan maujud bagi tajuk Zikrullah pengubat hati. Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam, Selangor. Tempoh kajian dilaksanakan dalam dua sesi P&P iaitu selama 70 minit. 2 kitaran terlibat dalam kajian ini yang merangkumi perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

3. Pengumpulan dan penganalisian data:
Pemerhatian dan penggunaan rakaman video dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan digunakan sebagai instrumen kajian. Pengkaji juga mendapatkan penilaian daripada guru pembimbing sebagai salah satu kaedah pengumpulan dan penganalisaian data. Penilaian guru pembimbing merangkumi Kemahiran A: Permulaan, variasi dan penerangan, Kemahiran B: Penggunaan papan putih dan pengesanan, Kemahiran C: Menjelaskan dengan contoh, peneguhan dan pengesanan serta Kemahiran D: Penyoalan dan pengesanan.


4. Implikasi kajian:

Dapatan kajian menunjukkan pelajar sangat teruja dan menunjukkan minat untuk mengikuti proses P&P. Kelas menjadi lebih aktif disebabkan teruja dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.Pelajar begitu seronok, terhibur dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan sepert kotak beracun.Guru meletakkan beberapa jenis bahan maujud dan beberapa soalan yang digulung di dalam kertas sebagai pengukuhan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia dan konvensional juga membantu untuk mengelakkan pelajar berasa bosan semasa proses P&P berlangsung.


5. Apa yang dapat saya pelajari dari kajian tersebut:
Selain daripada faktor bahan bantu mengajar seperti bahan maujud dan permainan kotak beracun, faktor yang paling penting untuk memastikan keberkesanan proses P&P adalah datang dari guru itu sendiri. Antara aspek teknikal yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah tulisan guru di papan putih hendaklah lebih jelas. Di samping itu, lontaran suara guru hendaklah jelas semasa sesi penerangan. Kawalan kelas juga hendaklah sentiasa terkawal.
ULASAN
Pada pendapat saya kedua-dua tajuk adalah sesuai sebagai satu kajian tindakan. Ini kerana kedua-dua tajuk merupakan proses refleksi yang dijalankan untuk memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran iaitu meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar masalah pendengaran serta meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran dengan menggunakan kaedah tertentu yang difikirkan sesuai.Walaubagaimanapun,tajuk kajian tindakan ini boleh dimurnikan lagi seperti berikut:
1.Kaedah "verbal repitition" dalam proses p&p pelajar bermasalah pendengaran.
2.Bahan maujud dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

0 comments: