Subjek Sains
Huraikan kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:
Huraikan kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:
a. Pengalaman / refleksi secara individu
- Subjek sains berkait rapat dengan aplikasi dalam kehidupan seharian kita.
- Sifat semula jadi manusia yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka.Ini adalah sangat bertepatan dengan pengajaran sains.
b. Pengalaman / refleksi dalam pasukan
- Kekuatan pengajaran subjek sains adalah melalui eksperimen yang dijalankan di makmal .Ini membuatkan pelajar lebih faham dan jelas tentang konsep yang diajar secara teori.
- Konsep-konsep sains diperkenalkan kepada pelajar-pelajar semasa interaksi mereka dengan bahan-bahan, rakan dan guru melalui aktiviti-aktiviti harian yang mereka lakukan dan juga semasa bermain.
c. Pengalaman dari luar pasukan
- Subjek sains dapat mendekatkan diri kita kepada kekuasaan dan kebesaran Allah sebagai pencipta.Seterusnya, memupuk nilai murni seperti bersyukur dan berkasih sayang.
- Pengetahuan yang diaplikasi dalam subjek sains dapat memudahkan urusan harian.Contohnya penggunaan mesin ringkas seperti sistem takal dapat meringankan beban semasa mengangkat barang-barang berat.
d. Berdasar literatur review – buku dan jurnal
Sains ialah suatu ilmu pengetahuan yang teratur mengenai fenomena alam, interaksinya serta proses untuk mengenal, mengkaji dan memahaminya (Khalijah Mohd Salleh, 1992).
0 comments:
Post a Comment