BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 21 November 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 – KT mini


Tajuk Mini Kajian TindakanPendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Melalui Tayangan Video
Oleh;
(Farizan, Jumarni, Noorasmah)

Matlamat Kajian
Menarik minat dan penglibatan pelajar dalam proses P&P serta meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar terhadap konsep dan fakta dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan.
Objektif Kajian
1.Memudahkan pelajar dalam proses memahami secara konsep secara mendalam tentang sesuatu topik yang dipelajari
2.Untuk meningkatkan tahap daya ingatan pelajar di dalam mengingati sesuatu konsep dan fakta yang dipelajari.
3.Menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan yang baik terhadap proses P&P yang sedang dijalankan
4.Menjana pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar dalam proses pembelajaran.
Persoalan kajian
1.Bagaimana pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat membantu pelajar dalam menguasai serta memahami sesuatu konsep secara mendalam serta dapat meningkatkan tahap daya ingatan pelajar terhadap sesuatu konsep tersebut?
2.Adakah kaedah pendekaran pembelajaran berasaskan masalah dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam pembelajaran subjek perdagangan dan sains?

Aktiviti 8: Tugasan 4 – Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan tajuk kajian:

Huraikan cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan

a. Fikir sendiri cadangan secara individu

  • Setelah membincangkan teori atau konsep sesuatu pembelajaran, guru perlu mengaitkan dengan kehidupan seharaian untuk menggalakkkan pelajar berfikir secara kritis
  • Sesetengah fenomena dalam sains tidak dapat dibuat demonstrasi secara realiti. Contohnya seperti konsep galaksi. Maka,tayangan video dapat memberi gambaran kepada pelajar sekaligus mengatasi kekangan ini.

b. Fikir cadangan dalam pasukan

  • Pendekatan ini dapat melatih pemikiran kritis pelajar supaya dapat mewujudkan kemahiran yang dapat membantu mereka dalam memahami sesuatu konsep secara mendalam.
  • Interaksi yang wujud di kalangan pelajara secara kolaboratif dapat meningkatkan prestasi pelajar serta minat untuk menyertai P&P.

c. Minta cadangan dari luar pasukan

  • Guru perlu melakukan eksperimen dalam proses P&P supaya pelajar lebih jelas mengenai konsep yang diajar.Bukan mengajar teori semata-mata.

d.Berdasar literatur review

  • Bagi subjek sains, kurikulum seharusnya merangkumi projek-projek kumpulan yang memberi peluang untuk pelajar-pelajar meneroka dan membuat penyiasatan.contohnya membuat model zoo yang menempatkan pelbagai haiwan.
  • Pelajar-pelajar perlu diberi pelbagai peluang mengumpul, menyusun dan mengelas, membuat pemerhatian, menulis catatan dan melakar gambar rajah, menemu bual, dan membuat tinjauan
  • dalam pengajaran dan pembelajaran sains sewajarnya pelajar dibenarkan berinteraksi dengan persekitaran, guru dan rakan sekelas. Contohnya, jika mempelajari mengenai serangga, guru boleh membenarkan pelajar mencari serangga dari taman di persekitaran sekolah. Pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik jika pelajar tidak hanya duduk dalam kelas.

(Khalijah Mohd Salleh, 1992).

Aktiviti 7: Tugasan 4 –Mini Kajian Tindakan

SUBJEK SAINS

Huraikan KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan

a. Pengalaman / refleksi secara individu

  • Konsep sains sekadar di ajar secara teori. Ini menyukarkan pelajar mengaplikasi dalam kehidupan seharian kerana eksperimen tidak dijalankan di kebanyakan sekolah-sekolah
  • Penyampaian serta penerimaan ilmu tidak begitu lancar kerana kelemahan menguasai bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar
  • Guru dan pelajar tidak mahir menggunakan radas dan bahan dalam makmal.

b. Pengalaman / refleksi dalam pasukan

  • Kekurangan kemudahan atau mungkin disebabkan bahan dan alat bantu mengajar yang tidak menarik.
  • Kaedah “teacher- centered”. Jika pelajar tidak dapat memberi maklum balas dalam pembelajaran, maka itu juga boleh menimbulkan rasa bosan.
  • Persepsi individu:Pelajar, malah ibu bapa sendiri beranggapan bahawa bidang atau mata pelajaran sains adalah sukar.
  • Daya cipta guru dalam pengajaran. Kaedah pengajaran yang sama pada setiap kali kelas pastinya menimbulkan kebosanan.

c. Pengalaman dari luar pasukan

  • Subjek sains banyak konsep dan teori yang perlu difahami.
  • Konsep dan teori yang dipelajari secara menghafal membuatkan pelajar tidak dapat mengaplikasi dalam kehidupan seharian.

Aktiviti 6: Tugasan 4 – Mini Kajian Tindakan

Subjek Sains
Huraikan kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan:


a. Pengalaman / refleksi secara individu

  • Subjek sains berkait rapat dengan aplikasi dalam kehidupan seharian kita.
  • Sifat semula jadi manusia yang sememangnya ingin tahu dan suka meneroka alam sekitar mereka.Ini adalah sangat bertepatan dengan pengajaran sains.

b. Pengalaman / refleksi dalam pasukan

  • Kekuatan pengajaran subjek sains adalah melalui eksperimen yang dijalankan di makmal .Ini membuatkan pelajar lebih faham dan jelas tentang konsep yang diajar secara teori.
  • Konsep-konsep sains diperkenalkan kepada pelajar-pelajar semasa interaksi mereka dengan bahan-bahan, rakan dan guru melalui aktiviti-aktiviti harian yang mereka lakukan dan juga semasa bermain.

c. Pengalaman dari luar pasukan

  • Subjek sains dapat mendekatkan diri kita kepada kekuasaan dan kebesaran Allah sebagai pencipta.Seterusnya, memupuk nilai murni seperti bersyukur dan berkasih sayang.
  • Pengetahuan yang diaplikasi dalam subjek sains dapat memudahkan urusan harian.Contohnya penggunaan mesin ringkas seperti sistem takal dapat meringankan beban semasa mengangkat barang-barang berat.

d. Berdasar literatur review – buku dan jurnal

Sains ialah suatu ilmu pengetahuan yang teratur mengenai fenomena alam, interaksinya serta proses untuk mengenal, mengkaji dan memahaminya (Khalijah Mohd Salleh, 1992).

Friday, 13 November 2009

AKTIVITI 2: Tugasan 2-Jurnal

JOURNAL 1

Understanding our learners and developing reflective practice: Conducting action research with English Language learners
(Patience A.Sowa. 2009. Zayed University,United Arab Emirates)

1.Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik

Mengkaji cara kajian tindakan yang mana dapat digunakan untuk mensosialisasikan guru untuk mengajar Bahasa Inggeris terhadap kanak-kanak yang pelbagai latarbelakang serta membantu guru mengamalkan refleksi.


2. Apakah Masalah yang dijadikan kajian
Cara kajian tidakan dan kertas kerja yang manakah dapat membantu guru belajar bagaimana untuk mengajar bahasa terhadap pelajar pelbagai latarbelakang?
Apakah yang dipelajari oleh guru mengenai amalan mereka dan semasa menjalankan projek kajian tindakan?


3. Sample dan Setting Kajian
6 orang guru yang telah mengajar selama 4-10 tahun berumur 26-35 tahun.
Tempoh:1 Semester dalam kelas Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua semasa Musim Luruh 2005
Di Midwestern University,US

4. Bagaimanakah kajian dilakukan (prosedur)
4-5 minggu pertama guru akan belajar mengenai kajian tindakan dan proses kajian.
7-8 minggu guru akan melaksanakan kajian tindakan mereka.

5. Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data
Projek murid
Kertas refleksi
Profesional Working Theory(PWT)-Refleksi pengajaran dengan menyepadukan elemen teori pembelajaran,amalan dan etika pengajaran
Soal selidik

6. Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian
Guru-guru menulis refleksi mengenai apa yang mereka belajar mengenai kajian tindakan dan proses yang terlibat serta kaitannya sebagai seorang guru dan matapelajaran bahasa yang mereka ajar.

7. Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal
Mengkaji kajian tindakan yang sesuai digunakan dalam pengajaran Bahasa di sebabkan latar belakang pelajar yang berbeza-beza


8. Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian
Pengkaji membahagikan projek yang berbeza mengikut pelajar berdasarkan konteks yang berbeza. Prestasi pelajar dilihat secara berterusan.

9. Apa yang dipelajari daripada ketiga-tiga jurnal
Kajian dan pengalaman guru-guru yang melakukan kajian tindakan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua guru yang mengajar Bahasa Inggeris.



JOURNAL 2

The design and application of technology-based courses in the mathematics classroom
(Joer Offer & Beth Bos. 2008.Texas State University,United States


1.Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik

Secara asalnya,TBC direka untuk pembelajaran matematik secara kendiri. Maka kajian ini adalah diubahsuai daripada rekabentuk pembelajaran secara problem based learning

2. Apakah Masalah yang dijadikan kajian
Penyelidik mengkaji strategi alternatif dan pendekatan yang boleh memberi motivasi dalam pembelajaran matematik seterusnya menggalakkan pembelajaran secara konseptual berlaku.
Elemen rekabentuknya memberi penekanan kepada aspek motivasi dan kognitif. Rekabentuk kajian menggunakan kaedah pendekatan dunia sebenar bagi membentuk motivasi pelajar.
Aspek kognitif, kursus dibina supaya dapat membantu pelajar mengaitkan isi kandungan pembelajaran dengan dunia sebenar sekaligus menambah pemahaman terhadap konsep yang sukar dalam matematik.

3. Sample dan Setting Kajian
139 pelajar
4 orang guru
dari kawasan Greater Dallas, Amerika Syarikat.

4. Bagaimanakah kajian dilakukan (prosedur)
memberi fokus kepada objektif pembelajaran, arahan dan penilaian.
pelajar belajar mengikut rentak dan kemampuan mereka sendiri.
aktiviti yang disediakan ialah pra-ujian, tutorial, panduan latihan dan latih tubi daripada tenaga pengajar dan latih tubi dalam komputer.

5. Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data
Pra-ujian
Tutorial
Kaedah rubric
Temuramah terhadap guru

6. Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian
Pengkaji memapar dapatan kajian secara kualitatif yang menyediakan maklumat mengenai masalah sebenar, kerja kumpulan, persekitaran pembelajaran yang fleksibel dan penilaian yang akan membawa kepada kajian kuantitatif.

7. Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal
Elemen rekabentuk kajian memfokuskan kepada aspek motivasi dan kognitif.

8. Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian
Temuramah dilaksanakan dua kali .

9. Apa yang dipelajari daripada ketiga-tiga jurnal
Kajian dan pengalaman guru-guru yang melakukan kajian tindakan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi lain.


JOURNAL 3

Computer game development as a literacy activity
(Ron Owston, Herb Wideman, Natalia Sinitskaya Ronda, Christine Brown. 2009.York University,Canada)

1.Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik

Penyelidik mengkaiji bahawa permainan komputer mempunyai potensi untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sekolah, memyiapkan tugasan serta motivasi diri dalam pembelajaran.
2. Apakah Masalah yang dijadikan kajian
Bolehkan permainan komputer sebagai aktiviti pedagogi dapat meningkatkan kemahiran asas literasi?
Apakah kemahiran literasi digital yang baru diperlukan oleh pelajar hasil daripada aktiviti ini?
Apakah kesan permainan komputer dalam penglibatan pelajar di dalam kelas?
Bagaiman guru dapat menyesuaikan dan membentuk latihan berbentuk permainan komputer di dalam kelas?

3. Sample dan Setting Kajian
Pelajar tahap 4
Di South-central Ontario,Canada
Kajian dilakukan sekali seminggu selama 10 minggu

4. Bagaimanakah kajian dilakukan (prosedur)
Bengkel diadakan untuk memperkenalkan kepada guru tujuan kajian dan bagaimana menggunakan permainan komputer .
Pelaksanaan kajian:guru arahkan pelajar membina TicTacToe Game (berdasar topick yang mereka minat)secara berpasangan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai game shell
Pelajar membina pelbagai soalan berkaitan topik permainan mereka


5. Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data
Melaksanakan pre-test dan post-test Group Reading Assesment and Dignostic Evaluation(GRADE) serta Student Writng Test (SWT) terhadap pelajar
Temubual guru-guru
Guna perisian Atlas.ti untuk analisis data kualitatif

6. Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian
Pengkaji memapar dapatan kajian secara kualitatif


7. Bandingkan masalah yang dikaji antara jurnal
Mengkaji penggunaan permainan Komputer sebagai salah satu kaedah pedagogi.


8. Bandingkan bagaimana pengkaji melakukan ujian
Melaksanakan ujian berbentuk pre-test dan post-test.


9. Apa yang dipelajari daripada ketiga-tiga jurnal
Kajian dan pengalaman guru-guru yang melakukan kajian tindakan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada populasi lain.

Aktiviti 5: Tugasan 1 Buku & Tugasan 4 mini Kajian Tindakan

MENGAPA guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan?

Tujuannya ialah untuk:
1. Meningkatkan daya keyakinan diri guru tersebut melalui usaha berkongsi pengalaman. Seterusnya, boleh memperbaiki prestasi dan kepuasan kerja guru.
2. Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan.
3. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran-P&P.
4. Mendapatkan sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya,
5. Merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif.
6. Melahirkan guru yang berfikiran kreatif dan kritikal serta sanggup menghadapi perubahan.
7. Memberi peluang untuk mengukuhkan asas pengetahuan kerjaya perguruan.
8. Mengeluarkan guru dari kongkongan rutin amalan-amalan perguruan.
9. Mewujudkan budaya perkongsian ilmu di kalangan pendidik/guru.
10. Memartabatkan profesion perguruan.




Mini kajian tindakan

Tajuk:
Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah melalui tayangan video.

Permasalah kajian:
Sains ialah suatu ilmu pengetahuan yang teratur mengenai fenomena alam,interaksinya serta proses untuk mengenal, mengkaji dan memahaminya (Khalijah Mohd Salleh, 1992). Kaedah Pembelajaran berasaskan masalah merupakan pendekatan menggunakan masalah dunia sebenar yang akan dikemukakan kepada pelajar di mana ianya akan menjadi pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Proses ini juga telah cuba diterapkan dengan penggunaan komputer (tayangan video) sebagai satu cara menjadikan proses pembelajaran lebih menarik.

Aktiviti 4: Tugasan 4-mini Kajian Tindakan

Tajuk mini kajian tindakan kumpulan kami ialah:

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah(PBM) melalui tayangan video

Saturday, 7 November 2009

AKTIVITI 1: Tugasan 1 Buku

Buku:
1.Action Research Principles and Practice 2nd edition (Jean McNiff)
2.Curriculum Action Research a Handbook of Methods and Resources For The Reflective Practitioner 2nd edition (James McKernan)

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan adalah merupakan satu penyelidikan yang melibatkan proses inkuiri refleksi kendiri ke atas sesuatu amalan yang kita fikirkan perlu ke arah peningkatan dan penambahbaikkan. Kajian ini dilakukan oleh peserta dalam situasi sosiai itu sendiri (guru/pendidik) melalui tindakan praktik mereka sendiri yang bertujan untuk mningkatkan kualiti amalan masing-masing dan meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi dimana amalan itu dilkukan. Kajian ini dapat dijalankan melalui proses mengenal pasti masalah, merancang tindakan, menilai tindakan yang diambil dari segi keberkesanannya dan akhirnya hasil kajian akan disalurkan kepada masyarakat untuk kebaikan bersama. Kajian tindakan juga merupakan satu proses reflektif yang dijalankan secara bertujuan dan bersistematik dan memerlukan satu pembuktian yang untuk menyokong sesuatu kenyataan dan bermatlamat untuk mengubah atau meningktkan amalan.


Sesuatu dinamakan Kajian Tindakan juga adalah apabila;

1. Adanya refleksi dan peningkatan / penambah baikkan kepada kerja /situasi mereka.
2. Wujudnya hubungan antara refleksi dan tindakan
3. Bukan untuk kepentingan sendiri tetapi untuk orang orang lain yang berada dalam situasi yang sama dengan pengkaji. – contohnya, dalam bidang pendidikan
4. pembelajaran secara progresif yang melibatkan (planning, action, observing, reflecting and replanning)
Berdasarkan Buku "Curriculum Action Research: A handbook of methods and resources for the reflective practitioner (2nd edition)" oleh James McKernan.
Kajian tindakan ialah proses refleksi dimana dalam sesuatu permasalahan, seseorang ingin memperbaiki praktis atau pemahaman secara peribadi,enkuiri dilaksanakan oleh pengamalnya- pertamanya, untuk mengenalpasti masalah; keduanya, untuk membuat pengkhususan pelan tindakan-termasuk menguji hipotesis dengan mengaplikasi tindakan terhadap masalah. Seterusnya, penilaian akan dilakukan untuk memantau dan membangunkan keberkesanan tindakan yang diambil. Akhirnya, peserta akan memberi refleksi, menerangkan perkembangan dan menyebarkan kepada orang ramai. Kajian tindakan adalah refleksi kendiri sistematik secara saintifik oleh pengamalnya untuk memperbaiki amalan mereka.

Prosedur KAJIAN tindakan.
Bagaimana kajian tindakan boleh dilaksanakan ?

1.KAEDAH PEMERHATIAN DAN PENCERITAAN
a)Data Penceritaan (narrative data)
Pemerhatian menggunakan setting semulajadi tingkahlaku yang dikaji. Contohnya, pengkaji university akan masuk dalam bilik darjah untuk mengkaji kesan projek perintis.
b)Pemerhatian peserta(participant observation)
Amalan kajian yang dilakukan dengan mengambil bahagian dalam kumpulan sosial yang sedang dikaji.
c)Rakaman anekdot(anectodal records)
Merupakan verbatim-penceritaan. Perkara yang bermakna akan diperhatikan dalam setting kajian. Setiap anekdot akan dicatat secepat mungkin selepas ia berlaku.
d)diari/journal
Merupakan dokumen peribadi.
e)Rakaman video(videotape record)
f)fotografi
2.TEKNIK BUKAN PEMERHATIAN,TINJAUAN DAN LAPORAN KENDIRI
a) Soal selidik
b)Temubual
3.KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DAN ANALISA "DISCOURSE"
a)Perbincangan berkumpulan
b)Sumbangsaran
4.KAEDAH REFLEKSI-KRITIKAL DAN KAJIAN PENILAIAN
a)Triangulasi
Bertujuan untuk mengukuhkan kebolehpercayaaan dan kesahan kajian daripada bukti yang berbeza supaya perbandingan dapat dibuat. Contohnya triangulasi antara teori konstruktivisme,kaedah serta data iaitu samada pelajar dan pengkaji.

Peringkat Penganalisisan Data

  1. Definisi dan pemilihan masalah dan konsep.
  2. Mengenalpasti kekerapan dan taburan data.
  3. Pengintegrasian dapatan individu dengan model daripada kajian yang telah dilakukan.
  4. Penulisan kajian berdasarkan bukti-bukti yang diperolehi.

Model proses menganalisis kajian:

PERINGKAT 1: Processing the evidence-Editing, coding and conceptual and theoretical sampling

Editing data:

· Tinjauan bertujuan untuk pastikan tiada kesilapan berlaku dan pastikan setiap data diterjemahkan secara seragam.

Coding:

  • Berfungsi untuk mengelaskan bukti dan data dalam kategori yang kemas.
  • Digunakan untuk analisis data tinjauan dan data kaulitatif seperti menganalisis dokumen dan buku teks

Sampling:conceptual and theoretical

Membuat perbandingan hasil daripada dapatan dan menyusun turutan tema dan komponen-komponen yang ada dalam kajian.

PERINGKAT 2: Mapping the data by noting the frequency of recurrence of issues,themes and units.

Lukis atau gambarkan taburan data secara membina jadual dan kekerapan perkara yang diuji yang berlaku semasa kajian dijalankan.

PERINGKAT 3: Interpretation of data/model-building

Pelbagai petunjuk dan tema yang luas akan dikumpulkan supaya hasil dapatan menjadi lebih fokus. Ini dipanggil model Kajian tindakan.

PERINGKAT 4: Presentation of results-reporting evidence/conclusion

  • Analisis yang telah siap perlu dikongsi dengan orang ramai
  • Cara membuat kesimpulan:

i) Buat rumusan mengenai masalah kajian dan laporkan dalam bentuk jadual

ii) Analisis maksud hasil dapatan dalam konteks kajian yang dilakukan dan cuba padankan dengan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji lain.

iii) Laporan hendaklah menyatakan bagaimana tindakan yang diambil telah memperbaiki masalah atau tidak. Nyatakan cadangan yabg boleh dilakukan oleh pengkaji seterusnya berkaitan tajuk itu.

TUGASAN KELAS: Konsep dan model kajian tindakan

DEFINISI KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988)

Zuber-Skeritt (1992) mendefinisikan penyelidikan tindakan dengan menggunakan CRASP
 Critical collaboration enquiry by
 Reflective practitioners who are
 Accountable in making the results of their enquiry public
 Self evaluative in the practice and engaged in
 Participative problem solving and continuing professional development


Model dan konsep kajian tindakan:

1.Model Kurt Lewin(1940-an)
Antara reka bentuk atau model yang perlu dilihat dalam Kajian Tindakan adalah yang reka bentuk kajian oleh pelopor Action Research itu sendiri iaitu Kurt Lewin. (Terma "Action Research" telah dikreditkan kepada Kurt Lewin seorang ahli teori sosial yang mempelopori kajian tindakan). Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji.



Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti;
1). Mengenal pasti idea
2). Pencarian fakta
3). Perancangan pelan tindakan
4). Pelaksanaan tindakan
5). Penilaian tindakan yang diambil
6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
7). Mengambil langkah tindakan seterusnya dan begitu berikutnya melalui beberapa kitar.


2. Model Stephen Kemmis (1983)
Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.

Rajah dibawah: Stephen Kemmis (dalam bentuk rerangka)




3. Model McKernan 1996
McKernan memperkenalkan model proses masa yang menyarankan agar masalah kajian tindakan ini tidak menjadi terlalu terikat dengan masa.

4. Model Elliott 1991
Idea utama Elliott ialah penyelidik membangunkan pemahaman peribadi ke atas sesuatu masalah dan pengertian abstrak itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott, kajian dalam pendidikan adalah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi penyumbang utama.

5. Model Ebbutt 1985

David Ebbutt mendakwa bahawa bentuk pilin bukan imej yang sesuai digunakan untuk menjelaskan proses kajian tindakan. Ebbutt mencadangkan cara yang terbaik untuk menerangkan proses kajian tindakan adalah menggunakan satu siri pusingan berturut-turut iaitu dengan menyediakan kemungkinan menggabungkan maklum balas di dalam dan antara pusingan bagi tindakan. Pengertian Ebbutt adalah sama dengan model yang dikemukakan oleh penulis masa kini.

Sunday, 1 November 2009

AKTIVITI 3:Tugasan 3-Laporan kolokium DPLI Ambilan Januari 2009

KAJIAN 1:
Meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah ‘verbal repeatition’ dalam proses pembelajaran dan pengajaran
.

Oleh:
Suzana Binti Mohd Fauzi
Ummi Salmah Binti Adnan
Najwa Hayatee Binti Abdullah


Tarikh : 26 Oktober 2009 (Isnin)
Tempat : Bilik Perdana C, Palm Garden Hotel, Putrajaya
Penyelia: En.Safani Bari


1. Pernyataan Masalah:
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan keyakinan pelajar bermasalah pendengaran untuk berkomunikasi secara lisan dengan menggunakan kaedah ’verbal repeatition’ dalam P&P. Ini disebabkan majoriti daripada golongan pelajar ini berhadapan masalah komunikasi secara lisan disebabkan oleh perasaan malu dan rendah diri sekiranya pertuturan mereka tidak difahami orang lain. Sebenarnya pelajar bermasalah pendengaran ini mampu untuk berkomunikasi secara lisan jika kekangan ini dapat diatasi.

2. Metodologi, setting kajian, sampel kajian:
Kajian ini melibatkan 19 orang pelajar bermasalah pendengaran di dalam kelas di SMK Dato’ Ibrahim Yaacob Batu 5 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur. Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) digunakan dalam kajian ini. 4 peringkat dalam Model Lingkaran Kemmis dan Mc Taggart (1988) adalah perancangan, tindakan, pemerhatian, dan refleksi.

3. Pengumpulan dan penganalisian data:
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk proses mengumpul dan menganalisis data.Pengkaji menggunakan kaedah berikut:
a. Pemerhatian
b. Rakaman video
c. Temubual
d. Diari

4. Implikasi kajian:
Implikasi yang dapat dilihat hasil daripada kajian yang telah dijalankan ialah pelajar semakin yakin berkomunikasi secara lisan dan juga dalam menyebut istilah-istilah perkataan.Selain itu perubahan positif dalam diri pelajar adalah mereka menjadi berani tampil ke hadapan kelas apabila diminta oleh guru. Pelajar berasa seronok semasa proses P&P apatah lagi dengan bantuan guru dan rakan-rakan.


5. Apa yang dapat saya pelajari dari kajian tersebut:
Berdasarkan kajian yang dijalankan, saya dapati kaedah ‘verbal repeatition’ merupakan satu kaedah yang berkesan untuk diaplikasikan kepada pelajar bermasalah pendengaran daalm usaha membantu meningkatkan keyakinan pelajar untuk berkomunikasi secara lisan dan menyebut istilah-istilah perkataan yang agak sukar bagi mereka. Berkemugkinan juga kaedah ini boleh digunapakai bagi melatih pelajar bermasalah pembelajaran yang lain meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi secara lisan.


KAJIAN 2:
Meningkatkan Minat Pelajar Tingkatan Empat Bagi Matapelajaran Pendidikan Islam (Tajuk : Zikrullah Pengubat Hati) Dengan Menggunakan Bahan Maujud

Oleh:
Mohd Hafiz bin Hassan
Mohd Hairol Hafifi bin Hussin


Tarikh : 27 Oktober 2009 (Selasa)
Tempat : Bilik Perdana C, Palm Garden Hotel, Putrajaya
Penyelia: Dr. Tajul Arifin Muhammad

1. Pernyataan Masalah:
Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan bahan maujud serta kepentingan penggunaannya dalam proses P&P guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan maujud dalam pembelajaran guru-guru di dalam kelas bagi subjek Pendidikan Islam.

2. Metodologi, setting kajian, sampel kajian:
Kajian ini dijalankan berdasarkan aplikasi penggunaan bahan maujud bagi tajuk Zikrullah pengubat hati. Sampel kajian ini terdiri daripada 42 orang pelajar-pelajar Tingkatan 4 Teknik 2 sesi 2009 Sek. Men. Keb. Jalan Kebun Seksyen 32 Shah Alam, Selangor. Tempoh kajian dilaksanakan dalam dua sesi P&P iaitu selama 70 minit. 2 kitaran terlibat dalam kajian ini yang merangkumi perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi.

3. Pengumpulan dan penganalisian data:
Pemerhatian dan penggunaan rakaman video dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan digunakan sebagai instrumen kajian. Pengkaji juga mendapatkan penilaian daripada guru pembimbing sebagai salah satu kaedah pengumpulan dan penganalisaian data. Penilaian guru pembimbing merangkumi Kemahiran A: Permulaan, variasi dan penerangan, Kemahiran B: Penggunaan papan putih dan pengesanan, Kemahiran C: Menjelaskan dengan contoh, peneguhan dan pengesanan serta Kemahiran D: Penyoalan dan pengesanan.


4. Implikasi kajian:

Dapatan kajian menunjukkan pelajar sangat teruja dan menunjukkan minat untuk mengikuti proses P&P. Kelas menjadi lebih aktif disebabkan teruja dengan bahan maujud yang ditunjukkan oleh guru.Pelajar begitu seronok, terhibur dan lebih faham apabila guru menggunakan pendekatan permainan sepert kotak beracun.Guru meletakkan beberapa jenis bahan maujud dan beberapa soalan yang digulung di dalam kertas sebagai pengukuhan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar berbentuk multimedia dan konvensional juga membantu untuk mengelakkan pelajar berasa bosan semasa proses P&P berlangsung.


5. Apa yang dapat saya pelajari dari kajian tersebut:
Selain daripada faktor bahan bantu mengajar seperti bahan maujud dan permainan kotak beracun, faktor yang paling penting untuk memastikan keberkesanan proses P&P adalah datang dari guru itu sendiri. Antara aspek teknikal yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah tulisan guru di papan putih hendaklah lebih jelas. Di samping itu, lontaran suara guru hendaklah jelas semasa sesi penerangan. Kawalan kelas juga hendaklah sentiasa terkawal.
ULASAN
Pada pendapat saya kedua-dua tajuk adalah sesuai sebagai satu kajian tindakan. Ini kerana kedua-dua tajuk merupakan proses refleksi yang dijalankan untuk memperbaiki kelemahan dalam pembelajaran iaitu meningkatkan keyakinan dalam diri pelajar masalah pendengaran serta meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran dengan menggunakan kaedah tertentu yang difikirkan sesuai.Walaubagaimanapun,tajuk kajian tindakan ini boleh dimurnikan lagi seperti berikut:
1.Kaedah "verbal repitition" dalam proses p&p pelajar bermasalah pendengaran.
2.Bahan maujud dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.