BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 17 December 2009

Aktiviti 13:Tugasan 4 (mini KT)


Kaedah yang boleh digunakan ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah(PBM). PBM merupakan satu proses pembelajaran di mana masalah merupakan pemandu utama ke arah pembelajaran tersebut. Boud dan Tamblyn (1980) mendefinisikan PBM sebagai

...the learning which result from the process of working towards the understanding of, or resolution of, a problem.

Margetson (1991) pula menganggap PBM sebagai konsep pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza daripada kebanyakan konsep yang terletak di bawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran.


Di dalam melaksanakan proses pembelajaran PBL ini, Bridges (1992) dan Charlin (1998) telah menggariskan beberapa ciri-ciri utama yang perlu ada di dalamnya seperti berikut:

• Pembelajaran berpusat atau bermula dengan masalah.

• Masalah yang digunakan merupakan masalah dunia sebenar yang mungkin akan dihadapi oleh pelajar dalam kerjaya profesional mereka di masa hadapan ( Ill Structured Problem)

• Pengetahuan yang diharapkan dicapai oleh pelajar semasa proses pembelajaran disusun berdasarkan masalah dan bukannya disiplin.

• Para pelajar adalah bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka sendiri.

• Pelajar akan bersifat aktif dengan pemprosesan maklumat.

• Pengetahuan sedia ada akan diaktifkan serta menyokong kepada pembangunan pengetahuan yang baru.

• Pengetahuan akan diperolehi dalam konteks yang bermakna.

• Pelajar berpeluang untuk meningkatkan serta mengorganisasikan pengetahuan.

• Kebanyakan pembelajaran berlaku dalam kumpulan kecil berbanding menerusi kaedah perkuliahan.


Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan proses pembelajaran menggunakan kaedah PBL

dapat memberikan hasil yang cukup memberangsangkan. Kajian oleh Cawley (1988) terhadap pelajar pelajarnya dalam bidang kejuruteraan mekanikal mendapati bilangan pelajar yang ingin mengikuti pendekatan ini bertambah setiap sessi kemasukan apabila mereka diberikan pilihan untuk mengikutinya.

Penyelidikan ke atas pekerja sosial yang telah dijalankan oleh Heycox & Bolzan (1990) ke atas pekerja-pekerja berbangsa Vietnam (yang tidak fasih berbahasa Inggeris). Mereka mendapati kebanyakan daripada pekerja sosial tersebut mudah mendapat kemahiran yang dipelajari dengan menggunakan pendekatan PBL ini.

· Bina kerangka teoritikal / konseptual/ operasional kajian

Model pembelajaran kognitif-konstruktivis dipilih untuk menjadi tunggak utama dalam kajian ini. Menyelesaikan masalah yang melibatkan peranan kognitif dalam memproses maklumat yang diperolehi berdasarkan masalah yang diberikan. Pemahaman pelajar terhadap masalah yang dikemukakan merupakan aktiviti kognitif di mana pelajar perlu bersikap aktif untuk berfikir dan ini adalah hasil sumbangan daripada pengalaman atau pengetahuan sedia ada pelajar.



Friday, 4 December 2009

AKTIVITI 12: Tugasan 4-Pemurnian Mini KT

Tajuk Mini Kajian Tindakan

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Melalui Tayangan Video
Oleh;
(Farizan, Jumarni, Noorasmah)


Matlamat Kajian

Menarik minat dan penglibatan pelajar dalam proses P&P serta meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar terhadap konsep dan fakta dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan


Objektif Kajian
1.Memudahkan pelajar dalam proses memahami secara konsep secara mendalam tentang sesuatu topik yang dipelajari
2.Untuk meningkatkan tahap daya ingatan pelajar di dalam mengingati sesuatu konsep dan fakta yang dipelajari.
3.Menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan yang baik terhadap proses P&P yang sedang dijalankan
4.Menjana pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar dalam proses pembelajara.

Persoalan kajian

1.Bagaimana pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat membantu pelajar dalam menguasai serta memahami sesuatu konsep secar mendalam?

2.Adakah pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat meningkatkan tahap daya ingatan pelajar terhadap sesuatu konsep?

3.Adakah kaedah pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam pembelajaran subjek perdagangan dan sains?

4Adakah pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat menjana pemikiran kreatif dan kritis di kalangan pelajar?

Setting Kajian

Kelas macro-teaching Sains dan Perdagangan

Sampel Kajian

Pelajar-pelajar kelas macro-teaching Sains dan Perdagangan.

Sampel Kajian

Pelajar-pelajar kelas macro-teaching Sains dan Perdagangan.

AKTIVITI 11:TUGASAN 2-Ulasan 3 Jurnal (Apa dan Bagaimana Melaporkan Masalah Kajian)

JOURNAL 1

Tajuk:

Understanding our learners and developing reflective practice: Conducting action research with English Language learners

(Patience A.Sowa. 2009. Zayed University,United Arab Emirates)

Pernyataan masalah:

Mengkaji cara kajian tindakan yang mana dapat digunakan untuk mensosialisasikan guru untuk mengajar Bahasa Inggeris terhadap kanak-kanak yang pelbagai latarbelakang serta membantu guru mengamalkan refleksi.

  • Cara kajian tidakan dan kertas kerja yang manakah dapat membantu guru belajar bagaimana untuk mengajar bahasa terhadap pelajar pelbagai latarbelakang?
  • Apakah yang dipelajari oleh guru mengenai amalan mereka dan semasa menjalankan projek kajian tindakan?

Cara melapor pernyataan masalah:

Guru-guru menulis refleksi mengenai apa yang mereka belajar mengenai kajian tindakan dan proses yang terlibat serta kaitannya sebagai seorang guru dan matapelajaran bahasa yang mereka ajar.


JOURNAL 2

The design and application of technology-based courses in the mathematics classroom

(Joer Offer & Beth Bos. 2008.Texas State University,United States)

Pernyataan masalah:

  • Penyelidik mengkaji strategi alternatif dan pendekatan yang boleh memberi motivasi dalam pembelajaran matematik seterusnya menggalakkan pembelajaran secara konseptual berlaku.
  • Elemen rekabentuknya memberi penekanan kepada aspek motivasi dan kognitif. Rekabentuk kajian menggunakan kaedah pendekatan dunia sebenar bagi membentuk motivasi pelajar.
  • Aspek kognitif, kursus dibina supaya dapat membantu pelajar mengaitkan isi kandungan pembelajaran dengan dunia sebenar sekaligus menambah pemahaman terhadap konsep yang sukar dalam matematik.

Cara melapor pernyataan masalah:

Pengkaji memapar dapatan kajian secara kualitatif yang menyediakan maklumat mengenai masalah sebenar, kerja kumpulan, persekitaran pembelajaran yang fleksibel dan penilaian yang akan membawa kepada kajian kuantitatif.

JOURNAL 3

Computer game development as a literacy activity

(Ron Owston, Herb Wideman, Natalia Sinitskaya Ronda, Christine Brown. 2009.York University,Canada)

Pernyataan masalah:

Penyelidik mengkaiji bahawa permainan komputer mempunyai potensi untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sekolah, memyiapkan tugasan serta motivasi diri dalam pembelajaran.

  • Bolehkan permainan komputer sebagai aktiviti pedagogi dapat meningkatkan kemahiran asas literasi?
  • Apakah kemahiran literasi digital yang baru diperlukan oleh pelajar hasil daripada aktiviti ini?
  • Apakah kesan permainan komputer dalam penglibatan pelajar di dalam kelas?
  • Bagaiman guru dapat menyesuaikan dan membentuk latihan berbentuk permainan komputer di dalam kelas?

Cara melapor pernyataan masalah:

Pengkaji memapar dapatan kajian secara kualitatif

AKTIVITI 10-Tugasan 1:Mengenal Pasti Masalah Kajian Tindakan

Tajuk Buku:

Curriculum Action Research: A Handbook of Methods and resources for the reflective practitioner 2nd Edition.

Oleh:

James McKernan

Kajian tindakan merupakan strategi pembangunan secara profesional dan realistik. Antara perancangan untuk mengenalpasti masalah kajian tindakan adalah:

  1. Mengenalpasti kecenderungan peserta.

Contohnya bilangan guru atau sekolah yang akan menyertai kajian yang akan dilakukan.

  1. Menyediakan soalan yang akan dibincangkan.

Contohnya :

· Apa kebaikan dan fungsi yang diperplehi hasil daripada kajian?

· Apakah kaedah dan etika yang perlu dipatuhi untuk melakukan kajian?

· Apakah kekangan yang perlu diambil kira?

  1. Melengkapkan “trial runs” sesuatu tajuk kajian untuk member i keyakinan kepada guru ketika menjalankan kajian dan semasa proses menganalisis. Contohnya, guru melakukan rakaman selama 20minit di dalam kelas. Kemudian, analisis jenis soalan yang akan ditanyakan kepada pelajar.
  2. Peserta diajukan untuk berkongsi beberapa tajuk yang berkemungkinan akan dibina dalam kelas mereka. Melalui perbincangan dalam kumpulan ini, mereka akan memilih satu tajuk untuk dijadikan tajuk kajian mereka.
  3. Setiap peserta mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk mengendalikan isu-isu yang berkaitan tajuk kajian tindakan yang telah dipilih.
  4. Apabila cadangan mengenai permasalahan dan kaedah kajian telah dilakukan, sedikit masa diperlukan untuk penambahbaikan hasil daripada teguran atau cadangan yang diterima.
  5. Semasa kajian dijalankan, masa diperuntukan untuk perbincangan keputusan,masalah dan sebagainya.
  6. Laporan awal disediakan dan kritikan daripada rakan-rakan penyelidik diambil kira untuk penambahbaikan sebelum laporan akhir kajian tindakan dibuat.
  7. Soalan akhir menumpukan:

· Apakah kesan kajian yang dibuat ini pada pengkaji-pengkaji akan datang?

· Apakah isu yang dibangkitkan dalam kajian kita?

  1. Berkongsi hasil kajian dengan orang ramai.

Saturday, 21 November 2009

Aktiviti 9: Tugasan 4 – KT mini


Tajuk Mini Kajian TindakanPendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Melalui Tayangan Video
Oleh;
(Farizan, Jumarni, Noorasmah)

Matlamat Kajian
Menarik minat dan penglibatan pelajar dalam proses P&P serta meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar terhadap konsep dan fakta dalam matapelajaran Sains dan Perdagangan.
Objektif Kajian
1.Memudahkan pelajar dalam proses memahami secara konsep secara mendalam tentang sesuatu topik yang dipelajari
2.Untuk meningkatkan tahap daya ingatan pelajar di dalam mengingati sesuatu konsep dan fakta yang dipelajari.
3.Menarik minat pelajar untuk memberi tumpuan yang baik terhadap proses P&P yang sedang dijalankan
4.Menjana pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar dalam proses pembelajaran.
Persoalan kajian
1.Bagaimana pendekatan pembelajaran berasaskan masalah dapat membantu pelajar dalam menguasai serta memahami sesuatu konsep secara mendalam serta dapat meningkatkan tahap daya ingatan pelajar terhadap sesuatu konsep tersebut?
2.Adakah kaedah pendekaran pembelajaran berasaskan masalah dapat meningkatkan penglibatan dan minat pelajar dalam pembelajaran subjek perdagangan dan sains?

Aktiviti 8: Tugasan 4 – Mini Kajian Tindakan

Berdasarkan tajuk kajian:

Huraikan cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan

a. Fikir sendiri cadangan secara individu

  • Setelah membincangkan teori atau konsep sesuatu pembelajaran, guru perlu mengaitkan dengan kehidupan seharaian untuk menggalakkkan pelajar berfikir secara kritis
  • Sesetengah fenomena dalam sains tidak dapat dibuat demonstrasi secara realiti. Contohnya seperti konsep galaksi. Maka,tayangan video dapat memberi gambaran kepada pelajar sekaligus mengatasi kekangan ini.

b. Fikir cadangan dalam pasukan

  • Pendekatan ini dapat melatih pemikiran kritis pelajar supaya dapat mewujudkan kemahiran yang dapat membantu mereka dalam memahami sesuatu konsep secara mendalam.
  • Interaksi yang wujud di kalangan pelajara secara kolaboratif dapat meningkatkan prestasi pelajar serta minat untuk menyertai P&P.

c. Minta cadangan dari luar pasukan

  • Guru perlu melakukan eksperimen dalam proses P&P supaya pelajar lebih jelas mengenai konsep yang diajar.Bukan mengajar teori semata-mata.

d.Berdasar literatur review

  • Bagi subjek sains, kurikulum seharusnya merangkumi projek-projek kumpulan yang memberi peluang untuk pelajar-pelajar meneroka dan membuat penyiasatan.contohnya membuat model zoo yang menempatkan pelbagai haiwan.
  • Pelajar-pelajar perlu diberi pelbagai peluang mengumpul, menyusun dan mengelas, membuat pemerhatian, menulis catatan dan melakar gambar rajah, menemu bual, dan membuat tinjauan
  • dalam pengajaran dan pembelajaran sains sewajarnya pelajar dibenarkan berinteraksi dengan persekitaran, guru dan rakan sekelas. Contohnya, jika mempelajari mengenai serangga, guru boleh membenarkan pelajar mencari serangga dari taman di persekitaran sekolah. Pembelajaran sains akan menjadi lebih menarik jika pelajar tidak hanya duduk dalam kelas.

(Khalijah Mohd Salleh, 1992).

Aktiviti 7: Tugasan 4 –Mini Kajian Tindakan

SUBJEK SAINS

Huraikan KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan

a. Pengalaman / refleksi secara individu

  • Konsep sains sekadar di ajar secara teori. Ini menyukarkan pelajar mengaplikasi dalam kehidupan seharian kerana eksperimen tidak dijalankan di kebanyakan sekolah-sekolah
  • Penyampaian serta penerimaan ilmu tidak begitu lancar kerana kelemahan menguasai bahasa Inggeris di kalangan guru dan pelajar
  • Guru dan pelajar tidak mahir menggunakan radas dan bahan dalam makmal.

b. Pengalaman / refleksi dalam pasukan

  • Kekurangan kemudahan atau mungkin disebabkan bahan dan alat bantu mengajar yang tidak menarik.
  • Kaedah “teacher- centered”. Jika pelajar tidak dapat memberi maklum balas dalam pembelajaran, maka itu juga boleh menimbulkan rasa bosan.
  • Persepsi individu:Pelajar, malah ibu bapa sendiri beranggapan bahawa bidang atau mata pelajaran sains adalah sukar.
  • Daya cipta guru dalam pengajaran. Kaedah pengajaran yang sama pada setiap kali kelas pastinya menimbulkan kebosanan.

c. Pengalaman dari luar pasukan

  • Subjek sains banyak konsep dan teori yang perlu difahami.
  • Konsep dan teori yang dipelajari secara menghafal membuatkan pelajar tidak dapat mengaplikasi dalam kehidupan seharian.