BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 4 December 2009

AKTIVITI 10-Tugasan 1:Mengenal Pasti Masalah Kajian Tindakan

Tajuk Buku:

Curriculum Action Research: A Handbook of Methods and resources for the reflective practitioner 2nd Edition.

Oleh:

James McKernan

Kajian tindakan merupakan strategi pembangunan secara profesional dan realistik. Antara perancangan untuk mengenalpasti masalah kajian tindakan adalah:

  1. Mengenalpasti kecenderungan peserta.

Contohnya bilangan guru atau sekolah yang akan menyertai kajian yang akan dilakukan.

  1. Menyediakan soalan yang akan dibincangkan.

Contohnya :

· Apa kebaikan dan fungsi yang diperplehi hasil daripada kajian?

· Apakah kaedah dan etika yang perlu dipatuhi untuk melakukan kajian?

· Apakah kekangan yang perlu diambil kira?

  1. Melengkapkan “trial runs” sesuatu tajuk kajian untuk member i keyakinan kepada guru ketika menjalankan kajian dan semasa proses menganalisis. Contohnya, guru melakukan rakaman selama 20minit di dalam kelas. Kemudian, analisis jenis soalan yang akan ditanyakan kepada pelajar.
  2. Peserta diajukan untuk berkongsi beberapa tajuk yang berkemungkinan akan dibina dalam kelas mereka. Melalui perbincangan dalam kumpulan ini, mereka akan memilih satu tajuk untuk dijadikan tajuk kajian mereka.
  3. Setiap peserta mengenalpasti kaedah yang sesuai untuk mengendalikan isu-isu yang berkaitan tajuk kajian tindakan yang telah dipilih.
  4. Apabila cadangan mengenai permasalahan dan kaedah kajian telah dilakukan, sedikit masa diperlukan untuk penambahbaikan hasil daripada teguran atau cadangan yang diterima.
  5. Semasa kajian dijalankan, masa diperuntukan untuk perbincangan keputusan,masalah dan sebagainya.
  6. Laporan awal disediakan dan kritikan daripada rakan-rakan penyelidik diambil kira untuk penambahbaikan sebelum laporan akhir kajian tindakan dibuat.
  7. Soalan akhir menumpukan:

· Apakah kesan kajian yang dibuat ini pada pengkaji-pengkaji akan datang?

· Apakah isu yang dibangkitkan dalam kajian kita?

  1. Berkongsi hasil kajian dengan orang ramai.

0 comments: