BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 17 December 2009

Aktiviti 13:Tugasan 4 (mini KT)


Kaedah yang boleh digunakan ialah Pembelajaran Berasaskan Masalah(PBM). PBM merupakan satu proses pembelajaran di mana masalah merupakan pemandu utama ke arah pembelajaran tersebut. Boud dan Tamblyn (1980) mendefinisikan PBM sebagai

...the learning which result from the process of working towards the understanding of, or resolution of, a problem.

Margetson (1991) pula menganggap PBM sebagai konsep pengetahuan, pemahaman dan pendidikan secara mendalam berbeza daripada kebanyakan konsep yang terletak di bawah pembelajaran berasaskan mata pelajaran.


Di dalam melaksanakan proses pembelajaran PBL ini, Bridges (1992) dan Charlin (1998) telah menggariskan beberapa ciri-ciri utama yang perlu ada di dalamnya seperti berikut:

• Pembelajaran berpusat atau bermula dengan masalah.

• Masalah yang digunakan merupakan masalah dunia sebenar yang mungkin akan dihadapi oleh pelajar dalam kerjaya profesional mereka di masa hadapan ( Ill Structured Problem)

• Pengetahuan yang diharapkan dicapai oleh pelajar semasa proses pembelajaran disusun berdasarkan masalah dan bukannya disiplin.

• Para pelajar adalah bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran mereka sendiri.

• Pelajar akan bersifat aktif dengan pemprosesan maklumat.

• Pengetahuan sedia ada akan diaktifkan serta menyokong kepada pembangunan pengetahuan yang baru.

• Pengetahuan akan diperolehi dalam konteks yang bermakna.

• Pelajar berpeluang untuk meningkatkan serta mengorganisasikan pengetahuan.

• Kebanyakan pembelajaran berlaku dalam kumpulan kecil berbanding menerusi kaedah perkuliahan.


Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan proses pembelajaran menggunakan kaedah PBL

dapat memberikan hasil yang cukup memberangsangkan. Kajian oleh Cawley (1988) terhadap pelajar pelajarnya dalam bidang kejuruteraan mekanikal mendapati bilangan pelajar yang ingin mengikuti pendekatan ini bertambah setiap sessi kemasukan apabila mereka diberikan pilihan untuk mengikutinya.

Penyelidikan ke atas pekerja sosial yang telah dijalankan oleh Heycox & Bolzan (1990) ke atas pekerja-pekerja berbangsa Vietnam (yang tidak fasih berbahasa Inggeris). Mereka mendapati kebanyakan daripada pekerja sosial tersebut mudah mendapat kemahiran yang dipelajari dengan menggunakan pendekatan PBL ini.

· Bina kerangka teoritikal / konseptual/ operasional kajian

Model pembelajaran kognitif-konstruktivis dipilih untuk menjadi tunggak utama dalam kajian ini. Menyelesaikan masalah yang melibatkan peranan kognitif dalam memproses maklumat yang diperolehi berdasarkan masalah yang diberikan. Pemahaman pelajar terhadap masalah yang dikemukakan merupakan aktiviti kognitif di mana pelajar perlu bersikap aktif untuk berfikir dan ini adalah hasil sumbangan daripada pengalaman atau pengetahuan sedia ada pelajar.



0 comments: